Hello.Assalamualaikum.Selamat datang.Sila gunakan ruangan ini dengan sebaik mungkin.Terima kasih

Sunday, February 20, 2011

Piramid Makanan

Berikut adalah rajah piramid makanan.

Saturday, February 19, 2011

Bab 2: DIET

4. Diet

4.1 Maksud
i. Diet
- Pengambilan makanan oleh individu.

ii.Diet Seimbang
- Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti
protein,karbohidrat,lemak, vitamin, garam mineral, dan air serta
pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.


4.2. FaktorYang Mempengaruhi Pengambilan Diet.

i. Keperluan fisiologi
ii. Pendidikan
iii. Pendapatan keluarga
iv. Geografi
v. Agama
vi. Kebudayaan
vii. Kemajuan teknologi
viii. Keperluan sosial
4.3. Kepentingan Diet Seimbang
i. Pertumbuhan fizikal
- perubahan ketinggian, saiz dan perkembangan otot yang normal
ii. Memastikan pertumbuhan yang normal
iii. Pertumbuhan Mental Emosi
- pertumbuhan sel otak
- memelihara perkembangan mental
iv Memelihara kesihatan

4.4 Piramid Makanan

i. Apakah Piramid Makanan
- Panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan yang
sihat.

ii. Konsep Piramid Makanan

Aras 1
- Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama.
- Ia juga kaya dengan vitamin, mineral, serat dan rendah kandungan
protein
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 8 hingga 12 hidangan
sehari.
- Makanan terdiri daripada bijirin, hasil bijirin dan ubi – ubian.
- Contohnya
- satu hidangan 1 keping roti bijirin penuh / putih atau
- ½ cawan nasi / mee / mee hoon atau
- ½ keping capati / tosai atau
- 1 cawan bubur nasi atau
- 3 keping biskut krim kraker atau
- ½ cawan bijirin sarapan atau
- 1 biji ubi kentang saiz sederhana
Aras 2
- Makanan dari kumpulan ini kaya dengan vitain, mineral dan serat.
- Makanlah dengan banyak dan pelbagaikan pilihan.
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 3 hingga 5 hidangan
sehari.
- Makanan terdiri daripada sayuran dan buah - buahan
- Contohnya
- 1 potong betik, nanas atau tembikai atau
- 1 biji pisang bersaiz sederhana atau
- 8 biji anggur atau
- ½ cawan sayuran berdaun yang dimasak atau
- ½ cawan sayur buah / berubi ( dimasak ) seperti tomato, terung dan
labu
Aras 3
- Makanan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh.
- Ia kaya dengan protein, vitain B, zat besi, zink dan magnesium.
- Pilih daging yang rendah lemak. Buangkan lemak yang terdapat pada
daging atau ayam.
- Sekali – sekala pilih protein daripada kumpulan kekacang kerana ia
rendah lemak dan tinggi kandungan serat.
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 2 hingga 3 hidangan
sehari
- Makanan terdiri daripada kacng dhall, kacang soya ( tempe, taufu,
fucuk dan kacang kuda, ikan, ayam, itik, susu dan hasil tenusu.
- Contohnya
- 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana atau
- 1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana atau
- 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis atau
- 2 keping tempe atau
- 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala atau
- 2 biji telur atau
- 1 cawan kacang dhall atau
- 2 keping tauhu
Aras 4
- Makanan dari kumpulan ini perlu di ambil dalam jumlah yang sedikit
sahaja.
- Hadkan pengambilannya di dalam diet sehari
- Makanan terdiri daripada lemak, gula dan garam

4.5. Peruntukan Diet Harian Yang di sarankan ( RDA )

i. Maksud RDA

- Ialah satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian
oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu yang
mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

ii. Kegunaan RDA

- Alat pengukur untuk menilai kuantiti suatu makanan berhubung
dengan kesihatan.
- Garis panduan untuk menggubal polisi.
- Pengusaha industri menggunakan RDA untuk membuat label
makanan.
- Merancang menu harian sendiri.
iii. Nilai tenaga bagi setiap gram :
Karbohidrat = 17 kJ
Protein = 17 kJ
Lemak = 38 kJ

UJIAN MINDA

1. Diet seimbang ialah
A. sajian harian individu dalam kuantiti yang mencukupi.
B. hidangan pelbagai jenis makanan mengikut cita rasa indivu
C. makanan yang mengandungi semua nutrien dalam porsi yang sesuai.
D. Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dalam kuantiti
yang diperlukan.


2. Antara yang berikut yang manakah faktor yang mempengaruhi pengambilan diet.
i. keperluan fisiologi
ii. kemajuan teknologi
iii. pendapatan keluarga
iv. peruntukan diet harian yang disarankan
A. I , II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


3. Antara yang berikut yang manakah kepentingan diet seimbang
A. menghindari penyakit jantung kronik
B. memperoleh makanan yang lengkap
C. memelihara perkembangan mental
D. mengawal pertumbuhan

Nota pencernaan

Apakah maksud pencernaan?
Organ pencernaan ialah - Mulut ,Esofagus, perut dan usus kecil.


Enzim - Pemangkin organik yang mengawal atau mempercepatkan tindak balas kimia dalam organisma hidup.
Enzim - dihasilkan oleh mulut , perut dan usus kecil.
Rembesan - Bahan kimia yang dihasilkan di luar usus kecil dan dalam usus kecil

latihan:


1. Rajah 1 , menunjukkan sistem pencernaan manusia. Apakah nama organ yang berlabel A dan B ?
Rajah 1
A B
A Esofagus Perut
B Perut Usus kecil
C Esofagus Usus besar
D Usus kecil Usus besar


2. Dimanakah proses pencernaan protein berlaku?
I mulut
II esofagus
III perut
IV Usus kecil
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

3.Apakah maksud rembesan?
A Bahan kimia yang dihasilkan dari luar usus kecil
B Bahan kimia yang dihasilkan di dalam usus kecil
C Bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar organ pencernaan bagi melakukan
fungsi tertentu.
D Bahan organik yang dihasilkan oleh kelenjar organ pencernaan bagi melakukan fungsi tertentu