Hello.Assalamualaikum.Selamat datang.Sila gunakan ruangan ini dengan sebaik mungkin.Terima kasih

Saturday, October 3, 2009

Soalan Latihan

Bab 1.1 : Makanan dan Pemakanan

1. Kumpulan-kumpulan berikut perlu banyak mengambil protein
I Bayi (1-13 tahun)
II Remaja lelaki (16 – 19 tahun)
III Ibu mengandung
IV Ibu menyusukan anak
A I, II dan III C I, III dan IV
B II, III dan IV D I, II, III dan IV

2. Kumpulan yang perlu mengambil ferum yang lebih ialah
I Kanak-kanak
II Ibu mengandung
III Remaja perempuan
IV Remaja lelaki
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

3. Tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat dalam RDA merujuk
kepada

I Jantina
II Umur
III Ibu mengandung dan menyusukan anak
IV Berat badan
A I dan III C II, III dan IV
B I. III dan IV D I, II dan III

4. Peruntukkan Diet Harian yang disarankan (RDA) ialah.

A Diet seimbang
B Aras dalam R'ramid Makanan
C Merujuk kepada keperluan fisiologi
D Satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh
individu yang sihat.

5. Pernyataan manakah yang benar tentang Piramid makanan
Aras Jenis hidangan
A Aras 1 Makanan sedikit sahaja. (Lemak, minyak, gala)
B Aras 2 Makan lebih banyak (Sayur-sayuran, buah-buahan)
C Aras 3 Makan paling banyak (Bijirin, hasil bijirin.)
D Aras 4 Makan dengan sederhana (Ayam, ikan, kekacang, hasil tenusu)

6. Piramid makanan ialah
A Diet seimbang.
B Pendapatan keluarga.
C Pengambilan makanan berdasarkan RDA.
D Satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan yang sihat.

7. Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung kepada keperluan fisiologi seperti …
I Umur
II Jantina
III Saiz tubuh
IV Aktiviti yang dijalankan
A I dan II C I, III dan IV
B II dan III D I, II, III dan IV


8. Antara berikut pernyataan yang manakah betul tentang diet ?

A Apa yang kita makan.
B Pengambilan makanan oleh individu.
C Disarankan oleh peruntukkan diet harian.
D Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien.

9. Antara berikut yang manakah bukan kegunaan RDA ?

A Menjaga bentuk badan
B Merancang menu harian
C Membuat label makanan
D Garis panduan menggubal polisi makanan

10. RDA dapat digunakan sebagai alat pengukur untuk

A Nilai protein dalam makanan
B Nutrient pembekal tenaga harian
C Nilai keperluan lemak bagi individu
D Nilai kuantiti suatu makanan berhubung dengan kesihatan

11. 76 kJ tenaga dihasilkan oleh

A 1 g lemak C 4 g protein
B 2 g lemak D 2 g karbohidrat

12. 1 gram karbohidrat menghasilkan kkal tenaga.

A 2 C 9
B 4 D 12

13. Berapakah nilai tenaga yang dihasilkan oleh 100g kuih lapis yang mengandungi 1.9g protein ?

A 38 KJ C 23.3KJ
B 32.3 KJ D 3.23KJ

14. Antara berikut yang manakah perlu untuk Pengiraan Nilai Tenaga ?

A Protein, lemak dan air,
B Karbohidrat, air dan serat
C Protein, karbohidrat dan serat
D Lemak, protein dan karbohidrat.

15. Kepentingan diet seimbang ialah

I memelihara kesihatan
II menghindari penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrien

III memelihara perkembangan mental.
IV memastikan pertumbuhan yang normal.
A I, II dan III C II dan IV
B II, III dan IV D I, II. Ill, dan IV

16. Kesan daripada diet yang seimbang ialah

I Pertumbuhan yang sempuma.
II Rambut yang berkilat.
III Wajah yang tenang dan berseri serta postur yang baik.
IV Bentuk badan yang bulat
A I dan II C II, III dan IV
B I, II dan III D III dan IV

16. Jenis makanan yang perlu dimakan dengan banyak ialah .

A Nasi C Kekacang
B Mentega D Buah-buahan

17. Antara berikut ialah Nutrien pembekal tenaga kecuali
A karbohidrat C Protein
B Garam mineral D Lemak

18. Makanan ialah

A Sebarang bahan yang boleh dimakan.
B Bahan yang boleh dimasak dan menyelerakan.
C Bahan yang boleh dimakan samada berbentuk pepejal atau cecair
D Bahan yang mempunyai berbagai rasa, njpa, warna dan tekstur.

19. Apakah maksud pemakanan ?
A Kajian tentang pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan.
B Pemakanan yang seimbang untuk menjalankan fungsi tubuh yang sihat.
C Pemakanan yang seimbang untuk menjadikan seseorang lebih sihat dan bertenaga.
D Kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pernulihan dan pengawalan kesihatan.

20. Antara berikut yang manakah peranan nutrien

I Membekal tenaga dan haba
II Memelihara dan mengawal proses tubuh
III Memenuhi keperluan sosial dan fisiologi.
IV Membina sel tubuh, tumbesaran dan pernulihan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Friday, May 15, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Kepada semua pelajar! Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2009 yang bermula 14 mei hingga 27 Mei 2009. semoga anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

RESEPI SARDIN GORENG

Bahan:
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
5 biji bawang merah dikisar
sedikit gula
garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1. Buka sardin. Toskan dan buang sosnya.
2. Goreng ikan sardin sehingga sedikit garing.Angkat.
3. Masukkan minyak masak.Apabila panas tumiskan cili giling dan bawang kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sardin, gula dan perasakan garamnya.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk lain.

Selamat mencuba.

Thursday, April 30, 2009

Kongsi Resepi

Kepada semua pembaca!!! Bolehlah luangkan masa dan menghantar resepi istimewa untuk kita kongsi bersama di ruangan ini. Insya Allah saya akan mengirimkan beberapa resepi istimewa untuk dicuba masa akan datang. TUNGGUUU...........

Selamat Hari Pekerja

Selamat bercuti dan selamat hari pekerja kepada semua warga pendidik!!!!

Sukatan ERT Tingkatan 4 dan 5

1. Makanan dan Pemakanan
1.1 Makanan dan Pemakanan
1.2 Diet
1.3 Pencernaan dan penyerapan
1.4 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan
1.5 Prinsip memasak
1.6 Pengurusan sajian
1.7 Sanitasi makanan
2. Pakaian
2.1 Kajian fabrik
2.2 Peralatan jahitan
2.3 Pemilihan pakaian
2.4 Membuat pakaian
2.5 Wardrobe
2.6 Label Jagaan Tekstil Antarabangsa
3. Keluarhga dan Tempat Kediaman
3.1 Pengurusan Keluarga